Jumaat, 7 Disember 2012

Contoh RPH




Tarikh / Hari                           :           5hb November 2012 / Isnin
Kelas                                      :           2 Berlian
Bilangan murid                       :           24 orang
Tema                                      :           Sains Hayat
Tajuk                                      :           Haiwan
Masa                                      :           60 minit   ( 7:40 pagi – 8:40 pagi )
Standard Kandungan             :           2.3       Memahami tumbesaran haiwan
Standard Pembelajaran         :        2.3.1      Mengenal pasti cara haiwan membiak
a)     Bertelur               b)         Beranak
2.3.2          Mengelaskan haiwan berdasarkan                                              cara pembiakan.
2.3.6          Menjelaskan pemerhatian melalui                    
                   lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Alat Bantu Mengajar              :          
a)    Gambar-gambar haiwan
b)    Jadual pembiakan haiwan
c)    Tayangan dari “youtube”
d)    Kertas tugasan
e)    Perisian Pemprosesan Persembahan              
     (MS PowerPoint)
f)     Laman sesawang “Google Image”
Pengetahuan Sedia Ada Murid         :
                             1.            Murid mengetahui bahawa haiwan boleh melahirkan anak 
                        secara beranak dan bertelur.
                             2.            Murid tahu bahawa cara pembiakan katak adalah 
                        secara bertelur dan cara pembiakan kucing adalah secara beranak.


Fasa / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Tayangan gambar haiwan dari MS PowerPoint.

Guru
1.   Menayangkan beberapa keping gambar haiwan bersama dengan anaknya menggunakan perisian MS PowerPoint.
2.   Bertanyakan nama setiap haiwan yang ditayangkan.

Murid
1.   Melihat dengan teliti setiap gambar yang ditayangkan.
2.   Menyenaraikan nama-nama haiwan mengikut gambar (harimau, ular, katak, ikan paus, kucing, platipus, tikus, ikan lumba-lumba, ikan emas, penguin, burung helang, ayam, buaya, rama-rama dan siput babi.


KPS
 a). Memerhati

Nilai Murni
 a.    Memberi perhatian dan respon.

Strategi
Berpusatkan guru dan bahan.

Pendekatan
Perbincangan dan soal jawab

Pencetusan Idea
(10 minit)
Permainan
Mencari gambar tersembunyi dan padanan pasangan.

Guru
1.   Sebelum bermulanya sesi p&p guru terlebih dahulu menyembunyikan beberapa keping gambar haiwan dewasa dan anaknya di dalam bilik makmal komputer.
2.   Guru meminta murid-murid mencari gambar-gambar yang telah disembunyikan.
3.   Arahan guru :
       a.   Seorang murid perlu mencari hanya sekeping gambar sahaja.
       b.   Murid yang memegang gambar haiwan dewasa berada di sebelah kanan makmal.
       c.   Murid yang memegang gambar anak haiwan berada di sebelah kiri makmal.
       d.   Murid diminta untuk mencari pasangan ibu dan anak haiwan yang betul.
4.   Guru menerangkan tujuan aktiviti dilakukan.
       a.   Setiap haiwan mempunyai cara pembiakan yang berlainan.
       b.   Terdapat dua cara pembiakan haiwan iaitu beranak dan bertelur.
       c.   Contoh haiwan yang beranak ialah gajah dan contoh haiwan yang bertelur ialah ayam.

Murid
1.   Mula mencari gambar-gambar yang telah guru sembunyikan.
2.   Murid yang memegang gambar haiwan dewasa berada di kanan makmal.
3.   Murid yang memegang gambar nakan haiwan berada di sebelah kiri makmal.
4.   Murid berpecah dari kumpulan untuk mencari pasangan ibu dan anak yang betul.
5.   Setelah mendapat pasangan yang betul, murid duduk di tempat masing-masing bersama-sama dengan pasangan.


KPS
  a).    Memerhati
  b).    Berkomunikasi

Nilai Murni
    a.   Sistematik
    b.   Bekerjasama
    c.   Yakin dan berdikari.

Strategi
Berpusatkan guru,murid dan bahan.

Pendekatan
Inkuiri penemuan
Penstrukturan Semula Idea
(20 minit)

Tayangan video yang dimuat turun dari “youtube” tentang pembiakan haiwan.

Guru
  1.   Bertanyakan soalan kepada murid :
        a.   Berapakah cara pembiakan haiwan ?
        b.   Sebutkan cara pembiakan haiwan.
        c.   Berikan 3 contoh haiwan untuk setiap cara pembiakan yang dinyatakan.
  2.    Guru menayangkan video yang dimuat turun dari “youtube” tentang pembiakan haiwan.



Murid
   1.   Menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru:
         a.   Terdapat dua cara pembiakan haiwan.
         b.   Bertelur dan beranak.
         c.   Contoh haiwan yang bertelur ialah ular,itik dan siput babi. Contoh haiwan yang beranak ialah gajah, lembu dan kucing. (jawapan mengikut pengetahuan murid)
   2.   Tekun menonton tayangan video dari “youtube”.


KPS
a)    Memerhati
b)    Berkomunikasi
c)    Mentafsir maklumat

Nilai Murni
      a)      Minat dan bersifat ingin tahu
      b)      Berfikiran terbuka

Strategi
Berpusatkan bahan

Pendekatan
Perbincangan dan soal jawab
Aplikasi Idea
(20 minit)
Perbincangan dan tugasan berkumpulan menggunakan perisian MS PowerPoint.

Guru
   1.    Menyerahkan tugasan berkumpulan kepada murid.
                a)      Kumpulan 1 bina satu jadual untuk mengelaskan haiwan-haiwan yang beranak dan bertelur menggunakan perisian MS PowerPoint. Dalam jadual hanya perlu meletakkan gambar haiwan sahaja. Gambar boleh dimuat turun dari “Google Image”
                b)      Kumpulan 2 bina satu persembahan menggunakan MS PowerPoint tentang haiwan-haiwan yang bertelur. Dalam persembahan perlu mempunyai gambar dan nama haiwan tersebut. Gambar boleh dimuat turun dari “Google Image”
                c)      Kumpulan 3 bina satu persembahan menggunakan MS PowerPoint tentang haiwan-haiwan yang beranak. Dalam persembahan perlu mempunyai gambar dan nama haiwan tersebut. Gambar boleh dimuat turun dari “Google Image”

Murid
1.   Mula membentuk kumpulan yang telah ditetapkan.
2.   Perbincangan membuat tugasan.


KPS
a)      Mengelas
b)      Memerhati
c)      Berkomunikasi

Nilai Murni
 a).    Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
 b).    Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
 c).    Bekerjasama
 d).    Sistematik

Strategi
Berpusatkan murid

Pendekatan
Konstruktivisme dan perbincangan
Penutup
(5 minit)
Pembentangan hasil perbincangan.

Guru
Meminta wakil setiap kumpulan membuat pembentangan hasil dari perbincangan.

Murid
Ketua dan penolong kumpulan membuat pembentangan hasil dari perbincangan bersama semasa menyiapkan tugasan.


KPS
 a).    Mentafsir maklumat

Nilai Murni
     a).Berani mencuba
     b).Yakin dan berdikari

Strategi
Berpusatkan murid

Pendekatan
Perbincangan
 

2 ulasan: