Khamis, 13 Disember 2012

Inkuiri Penemuan



Pendekatan Inkuiri
Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah,membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen,mengumpul data dan membuat kesimpulan untukmenyelesaikan masalah(Shulman, 1973)
Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakanproses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatukonsep atau prinsip. Proses mental itu adalah sepertimembuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran,meramal, menerangkan, membuat inferens.(Bruner, 1966)
Kaedah inkuiri adalah suatu kaedah yang digunakan bagi membuktikan ilmu-ilmu dalam sains sosial. Menurut Mok Soon Sang (2002:198), kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau kaeadah Heuristik. Ia digunakan sebagai satu satu kaedah pengajaran dalam mata pelajaran kemanusiaan seperti sejarah. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tinjau siasat kerana ia melibatkan proses mencari kesimpulan daripada soalan-soalan yang dibentuk serta dapatan-dapatan penyelidikan. Selain daripada itu, kaedah ini juga melibatkan proses penyelesaian masalah berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh.

Kaedah inkuiri juga merupakan satu cara yang amat penting yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam mata pelajaran sejarah. Kaedah ini menjadi essence dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains social untik mengembangkan kemahiran belajaryang bermakna kepada pelajar-pelajar. Kaedah ini lebih menekankan ikepada pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan teknik-teknik, prosedur-prosedur dan cara-cara melihat masalah dan menyelesaikan masalah-masalah dalam pembelajaran. Cara ini memberatkan penyiasatan-penyiasatan, ekspositori dan penemuan.

Kaedah ini juga dapat menajamkan pemikiran dan memberikan kesan-kesan pembelajaran yang bermakna dan mendalam kepada pelajar. Dari segi pengajaran, kaedah ini tidak memerlukan guru begitu terikat kepada cara-cara menyampaikan data-data atau maklumat-maklumat penting seperti yang biasa diamalkan. Sebaliknya, kaedah inkuiri memerlukan penglibatan pelajar dalam pembelajaran yang dirancangkan secara sistematik oleh guru. Kaedah ini dianggap amat relevan untuk memberikan kemahiran-kemahiran pembelajaran yang berkembang kepada pelajar. Cara ini juga dapat membentuk sikap suka belajar dan belajar secara sendiri. Hal ini demikian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran secara inkuiri dapat membentuk sikap keterbukaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini juga membolehkan pelajar lebih berdikari dan mampu untuk mencari maklumat secara tersendiri dan tidak hanya mengharapkan guru sahaja untuk memberikan maklumat kepada mereka.

4 ulasan:

  1. Tahniah cikgu! Perkongsian ilmu yang sangat baik. Moga dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. thanks for sharing... ilmu yang sangat berguna..

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini.Pastinya murid-murid cikgu dapat dimanfaatkan dengan adanya blog ini.Tahniah Cikgu Siti!

    BalasPadam